
Ruang Pameran
Galeri Shah Alam menyediakan tiga ruang pameran bagi menampung pelbagai pameran seperti pameran koleksi, pameran berkala, pameran solo, pameran berkumpulan, pameran terbuka,pameran lukisan kanak-kanak dan juga pameran dari dalam dan luar negara dan berikut adalah keluasan ruangan pameran:
i) Galeri 1 - Ruang pameran utama dengan keluasan 3,145k/persegi
ii) Galeri 2 - Ruang pameran dengan keluasan 1413k/persegi
ii) Galeri 3 - Ruang pameran dengan keluasan 1491k/persegi
Pentas Terbuka Galeri Shah Alam
Menyediakan ruang untuk disewakan bagi kegunaan aktiviti seperti eskpo seni, instalasi seni, persembahan seni, puisi, teater, majlis keramaian, perkahwinan, makan malam, hai keluarga dan berbagai aktiviti.