Garis Panduan Lawatan

 
GARIS PANDUAN LAWATAN DI GALERI SHAH ALAM/YAYASAN SENI SELANGOR
 

1.0 DASAR LAWATAN

1.1 Garis panduan ini ialah sebahagian daripada dasar di Galeri Shah Alam (GSA) untuk memastikan segala gerak kerja berhubung lawatan dapat dilaksanakan secara tersusun, lancar dan jayanya.

 

2.0 PERMOHONAN LAWATAN

2.1 Permohonan secara bertulis bagi mengadakan lawatan ke GSA mestilah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) minggu dari tarikh lawatan yang akan diadakan dan dialamatkan seperti berikut:-

Pengarah
Galeri Shah Alam
Persiaran Tasik
Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Telefon : 03 55105344
Fax        : 03 55102081
emel:  galerishahalam@gmail.com

2.2 Pemohon perlu menyatakan di dalam surat permohonan berhubung tarikh, masa dan jumlah peserta untuk lawatan tersebut.

2.3 GSA akan memberi maklumbalas mengenai permohonan tersebut.

 

3.0 PERMOHONAN MENGADAKAN BENGKEL ATAU AKTIVITI SENI

3.1 GSA juga menyediakan bengkel/aktiviti seni/bicara seni secara percuma kepada peserta yang memohon untuk mengadakan lawatan.

3.2 Pemohon yang ingin mengadakan lawatan juga boleh mencadangan bengkel/aktiviti seni/bicara seni yang inginkan semasa lawatan, tertakluk kepada kesesuaian masa dan pameran yang sedang berlangsung serta kelulusan dari pihak GSA.

3.3 Sebarang pindaan tarikh lawatan dan lain-lain mestilah dimaklumkan segera kepada GSA bagi memudahkan urusan (sekurang-kurangnya satu (1) minggu daripada tarikh lawatan).

 

4.0 ETIKA LAWATAN

4.1 Pelawat perlu mematuhi etika lawatan ke GSA  dengan mematuhi perkara-perkara berikut :-

  • Menepati masa.  Waktu operasi GSA  bermula dari jam 9:00 pagi sehingga jam 6:00 petang.
  • Dilarang merokok di kawasan galeri
  • Dilarang makan dan minum di dalam ruang galeri pameran.
  • Dilarang membawa binatang peliharaan di dalam galeri pameran.
  • Tidak menyentuh lukisan dan arca yang di pameran di dalam galeri  sepanjang lawatan.
  • Jika berlaku sebarang kerosakan/pecah pada lukisan dan arca yang dipamerkan sewaktu lawatan, pelawat/peserta perlu mengganti atau membayar balik harga lukisan atau arca tersebut.
  • Sekiranya pelawat di bawah usia 12 tahun ke bawah guru pengiring perlu memantau kelakuan peserta bagi menggelak sebarang kesulitan.
  • Memastikan kebersihan sentiasa terpelihara sepanjang lawatan.

 

5.0 PINDAAN

5.1 Garis panduan ini adalah tertakluk kepada pindaan dan perubahan dari masa ke semasa.

 

6.0 PENUTUP

6.1 Garis panduan ini sebagai rujukan bagi mengadakan lawatan ke GSA.